China (kawasan)
China (kawasan)

China (kawasan)

Rencana ini diisi dengan maklumat tentang sejarah, tamadun, dan penduduk kawasan yang dinamakan China secara amnya, seperti juga rencana mengenai Pulau Taiwan. Bagi perihal negara politik tanah besar China, sila rujuk rencana Republik Rakyat China. Untuk negara politik yang memerintah kepulauan Taiwan, sila rujuk rencana Republik China di Taiwan.China atau Tionghua (Cina Tradisional: 中國; Cina Ringkas: 中国; pinyin: Zhōngguó; Wade-Giles: Chung-kuo) merujuk kepada beberapa negeri, negara dan budaya yang telah wujud selama kira-kira 3,500 tahun di Asia Timur. China yang wujud pada hari ini dikenalpasti wujud sebagai suatu tamadun, negeri atau negara mahupun beberapa tamadun, negeri atau negara yang berkecempung di tempat yang sama.Dengan kewujudannya sebagai salah suatu entiti yang paling lama wujud di permukaan dunia ini dan pengamalan salah satu daripada sistem tulisan paling lama di dunia. Sejarah China seringkali dicirikan sebagai satu yang dipenuhi nostalgia divisi dan penggabungan semula diantara masa-masa peperangan atau keamanan, dan pertukaran dinasti yang ganas. Keluasan kawasan negara ini berkembang daripada satu titik tolak punca di Kawasan Rata Utara China, dan keberkesanan/kelajuannya bergantung kepada nasibnya untuk menelan kawasan-kawasan timur, timur laut dan Asia Tengah. Selama beberapa abad lamanya, Empayar China juga merupakan antara tamadun yang termaju di dunia dan pusat pengaruh Asia timur dengan kesan kuat yang masih dirasai pada hari ini.Menjelang abad ke 19 dan 20, pengaruh politik, ekonomi dan ketenteraan China jatuh, dan pada masa yang sama, kuasa-kuasa Barat dan Jepun muncul sebagai kuasa baru dunia. Semi-Kolonisme muncul di sesetengah kawasan-kawasan China pada akhir abad ke 19 dengan pengambilan Hong Kong oleh British, Makau oleh Portugis dan Taiwan oleh Belanda dan Sepanyol. Empayar Jepun juga meceroboh China pada Perang Dunia II. Empayar China musnah dengan penubuhan Republik China pada tahun 1912 oleh Sun Yat-sen. Kendatipun begini, empat dekad yang berlalu selepas itu menampakkan kegagalan negara baru ini mempertahankan dirinya diserang pemberontak, Perang China-Jepun II, dan Perang Saudara China dimana ahli Kuomintang nasionalis terpaksa bertempur dengan Parti Komunis China Gongchandang.Selepas kemenagan Komunis di China berikutan berakhirnya perang itu, pemimpinnya Mao Zedong mengistiharkan Republik Rakyat China pada tahun 1949 dan memaksa Republik China bersama kerajaan Kuomintangnya berundur ke pulau Taiwan, yang diperintah ia sejak berakhirnya Perang Dunia II. Dalam satu pertikaian yang terus berlangsung, Kuomintang yang kini kehilangan mandat memerintah di Taiwan diganti pemimpin baru yang mahu mewujudkan Republik Taiwan yang merdeka bagi pulau itu. Kerajaan komunis di tanah besar menentang ini dan berjanji akan berperang dengan Taiwan semula jika ia berlaku. Kerajaan di Taiwan juga masih memerintah cebisan pulau wilayah Fujian China dan secebisan kepulauan di Laut China Selatan.